Friday, May 30, 2008


SEMINAR PERUBATAN ISLAM MENDAPAT SAMBUTAN
Kota Marudu – Pada 28hb Mei 2008, AJK Badan Masjid at-Taqwa telah berjaya menganjurkan Seminar Perubatan Islam Siri 1. Seminar ini yang diisi dengan pembentangan 2 kertas kerja dan praktikal teknik perubatan Islam oleh Ust Md Trimizi Zainal Al-Hafiz mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ramai peserta di sekitar daerah ini.Pengerusi Penganjur, En Japar Sidek Aliudin berkata, sambutan yang menggalakkan ini jelas menunjukkan masyarakat peka tentang kepentingan perubatan Islam ini dalam usaha dan ikhtiar menyembuhkan penyakit dengan menggunakan ayat suci Al-Quran.Bagi Pengerusi Jawatankuasa Perlaksana, En Jafri Musa pula berkata, beliau komited InsyaAllah, untuk merancang program yang sama bagi siri ke 2 yang dijangka pada 15 Jun 2008 nanti (tertakluk kepada perubahan). Program yang bermula jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 5.30 ptg itu sungguh bermakna apatah lagi proses praktikal yang melibatkan ramai peserta dan pesakit yang diubat. Sehinggakan proses berubat terpaksa disambung pada sebelah malamnya pula. Menurut seorang peserta, En Satree Hj. Abd Karim berkata beliau berharap program seumpama ini patut diadakan lagi dengan harapan agar hebahan awal dan menyeluruh dibuat kerana masih ramai yang merungut tidak dapat mengikuti program ini kerana tidak mendapat maklumat.

(Gambar sekitar seminar)

Saturday, May 24, 2008


THANK'S FOR SYAH AND HAFIZ
Today Shah and Hafiz give me talam, kerapu and colouring fish. They spend 12 hours to get the fish at Telaga Sea, Pitas. I really proud of them because they are very patient in fishing game. THANK YOU

Ust W.M Nasir Berpindah ke KK
Kota Marudu akan kehilangan seorang lagi insan penting yang telah banyak berjasa. Bukan sahaja kepada pelajar SMK Kota Marudu bahkan kepada masyarakat setempat terutama dalam melaksanakan misi dakwah di sini. Beliau juga antara yang aktif menghidupkan sukan badminton untuk kelab Aljazeerah disamping ahli aktif Kumpulan Nadal Fata (kumpulan marhaban).Ust Nasir akan berpindah tempat kerja ke Kota Kinabalu setelah permohonan pindahnya telah diluluskan oleh SPIM. Beliau juga khabarkanya akan berkahwin dalam tempoh terdekat ini dengan calon pilihannya yang sedang menuntut di UMS. Mudah-mudahan proses rancangan perkahwinannya berjalan lancar. Semoga pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di Kota Marudu mendapat ganjaran setimpal dari Allah SWT. TAHNIAH!!!
(Gambar: Majlis perpisahan)

Thursday, May 15, 2008

(Gambar di tempat kejadian)
RIBUT MELANDA TNG 3
Semalam beberapa buah rumah rosak di TNG3 akibat dari ribut yang melanda. Dari tinjauan awal pagi tadi, mendapai rumah yang terlibat antaranya rumah En Zarul dan Arsyad yang rosak agak teruk. Antara kerosakan termasuklah atap yang terbang di bawa angin kabel elektrik yang putus termasuk meternya sekali serta astro. Ini adalah julung-julung kali kejadian ini berlaku dan setakat ini jumlah kerugian belum dapat ditafsirkan lagi. Cuma ada beberapa perkara yang menimbulkan ketidak puasan hati mangsa yang terlibat antaranya pihak SESB yang berulang2 dihubungi tidak ada yg sambut telefon dan ini menggambarkan pengurusan SESB yang tidak cekap dan mesra pelanggang. Dibimbangi kabel yang putus dan berselerak itu akan mengancam nyawa penghuni dgn kejutan elektrik. Kita tak mahu kejadian tragis berlaku. Setakat berita ini di tulis tiada tanda-tanda YB atau mana-mana pihak (badan kebajikan) yang bertanggungjawab datang melawat. Apakah mereka sibuk dengan bencana di lain2 tempat atau mereka tidak sensitif dengan masalah rakyak bawahan ini? ini menjadi persoalan????????????

Wednesday, May 14, 2008

NADAL FATA JOHAN LAGI(belum dikemaskini)
Alhamdulillah. Sekali lagi, bertempat di Masjid Pekan Kecil Tandek, Kumpulan Marhaban yg diberi nama Nadal Fata telah menjuari pertandingan marhaban dan berzanji . Kali ini pertandingan ini adalah anjuran KEMAS P168 Kota Marudu. Kemenangan ini membolehkan Nadal Fata meneruskan laluan ke pertandingan ke peringkat gabungan pada 29 Mei nanti. Gabungan solo yang mantap serta ahli kumpulan yang bertenaga jelas menampakkan kelebihan yang dimiliki oleh Nadal Fata (ini di akui oleh pengerusi Masjid Tandek sendiri, En. Yunus). Mudah-mudahan Nadal Fata akan merangkul juara lagi di peringkat gabungan nanti. InsyaAllah......

Saturday, May 10, 2008

MASALAH BERAS DI JELI????MANO STOPA MAMAT
Tadi di berita gempar dengan masalah kekurangan bekalan beras yang melanda masyarakat Jeli, Kelantan yg diwakili oleh ahli parlimennya Stopa Mamat (UMNO). Stopa adalah menteri yg bertanggungjawab tentang portfolio pertanian ini sepatutnya perlu bertanggungjawab ke atas masalah ini. Bagi masyrakat Jeli yang memilih Stopa Mamat dalam pilihanraya lepas...apa yang ditunggu2 lg..cari dan minta tolonglah dengan Stopa Mamat mu tu. Bila lagi nak berkhidmat utk parlimen yg diwakilinya. Bercakap utk masalah luar berdegar-degar namun masalah dalam selimut tak diselesaikan. Inilah yg dikatakan wakil rakyat yang hanya pandai mengambil kesempatan dari rakyat semasa pilihanraya saja...nasiblah penduduk Jeli...

ARC ZON BORNEO Caw Kota Marudu Sertai Kejohanan Sepak Takraw Anjuran Pemuda UMNO P168 Kota Marudu
Pada 3 Mei lepas ARC caw Kota Marudu telah menghantar 2 pasukan bertarung di Kejohanan Sepak Takraw Anjuran Pemuda Umno P168 Kota Marudu. Biarpun tidak menjadi johan pertandingan namun sekurang-kurangnya dapat memberi saingan sengit kepada pihak lawan yang bermain dalam pertandingan kalah mati. Sebanyak 21 pasukan yang bertanding ARC berjaya ke suku akhir dan ini adalah kejayaan yang membanggakan lebih-lebih lagi berdepan dengan pemain-pemain terkemuka daerah. Matlamat utama penyertaan tidak lain hanyalah untuk merapatkan ukhwah serta memberi gambaran bahawa ARC telah wujud dan aktif di Zon Borneo dan bersedia memberi khidmat bila diperlukan terutama dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan. Semangat bersukan dan bersosial dengan masyarakat setempat secara sihat telah menangkis andaian dan tanggapan salah masyarakat terhadap ARC sebelum ini yg dikatakan asing serta tidak bercampur/bermasyarakat. Aku yg dilantik sebagai pengurus pasukan, InsyaAllah akan terus mencari peluang untuk menyertai lagi kejohanan pada masa akan datang bukan sahaja dalam acara takraw ini bahkan acara-acara lain lagi. Semoga sokongan dari sahabat-sahabat berterusan untuk menjayakan misi ini.



(Antara Pemain yg mewakili ARC)

Friday, May 09, 2008


UYE dan UMS di Kota Marudu
Pada 29hb April lepas Ustz Yusof dan rombongan (Ust Mohd Syukri dan Hj Yusof) telah berkunjung ke Kota Marudu dalam rangka lawatan tahunan ke Sabah. Kesempatan ini PAS kawasan telah membuat pertemuan tertutup di samping pembentangan kertas kerja dan perbincangan semasa dgn sahabat2 di sini. Banyak manafaat yang diperolehi dari perjumpaan tersebut. Sebelum itu pelbagai aktiviti telah di atur termasuklah program motivasi pelajar dan kuliah maghrib. Alhamdulillah nampaknya program yg diatur berjalan lancar cuma aku sedikit terkilan kerana tidak dapat menunaikan hasrat UMS untuk makan daging payau serta memperolehi tanduknya. Maklumlah oleh kerana keadaan yang last minit. Tp insyaAllah kalau diberitahu awal mungkin dapat disediakan. Kalau UMS berkunjung lg ke Sbh bg tahu awal2 mudah2an hajatnya dapat dipenuhi.

LAMA DAH TAK MENULIS....SIBUK
Keadaan semasa yang sibuk menyebabkan aku tak sempat nak update blog biarpun banyak idea-idea dan maklumat yg nak dikongsi kepada sahabat-sahabat. Nak kata sibuk dengan Madihah (anak ke-3) tak lah juga tp banyak benda kena atur urus. Walau apapun insyaAllah lps ini blog ini akan di update selalu sekiranya keadaan mengizinkan. TK
(Gambar terkini Madihah dan Aan serta Adilah)