Monday, December 07, 2009

Hebahan!!
Ijtimak Al-Ikmal Pusat pada 18hb-19 Disember 2009 (Jumaat/Sabtu)/Cuti 1 Muharram.Bertempat di Dara-Inn Penginapan (dekat Kem Telaga Batin, Belakang Airport, K. Terengganu) Sebarang pertanyaan boleh hubungi (Emran (Pengerusi)- 0194217102/ (T. Pengerusi)Zamri-0199721279/ Azhar (SU)- 0199147524) dan Yusran - 0179322234 (Bendahari). Sebarkan pada sahabat2 al-ikmal. Syukran..
S/ U Al- Ikmal

AAN DAH BERKHATAN
Menjadi kebiasaan pada setiap hujung tahun, ramai ibu bapa mengambil kesempatan untuk mengkhatankan anak masing-masing. Aku antara mereka yg tidak terlepas dengan kesempatan ini. Oleh kerana AAN anak sulungku yg offer untuk berkhatan maka kelmarin aku menunaikan hasratnya. Biarpun pada permulaan suntikan dia menangis Alhamdulillah proses berkhatan berjaya dengan baik. Biasalah br 7 tahun dan dia org terakhir sementara klinik berhenti rehat. Mungkin perasaannya agak lain. Hari ini dia kembali ceria, mudah-mudahan dia cepat sembuh.

PROSES MEMBINA RUMAHKU BERMULA (Pak Chu Ien sdg menebang pokok disekeliling tapak rumah)

(Keberanian yg tinggi)
(Stor dah dibuat)
Impianku untuk memiliki rumah sendiri di negeri tanah tumpah sudah lama diidamkan. Minggu ini bermula proses untuk membinanya. Dengan keluasan tapak 1/4 ekar rumah yg akan dibina dgn kos sederhana ini diharap dapat membahagiakan kami sekeluarga dan insyaALLAH mudah-mudahan selesai dengan baik dan mudah-mudahan mendapat keredhaan Allah. Kepada sahabat-sahabatku doakan kejayaan untuk kami.Terima kasih.

BANJIR SATU UJIAN(Sisa-sia banjir, bangsal yg roboh) (Pokok-pokok terjejas kerana arus deras)
(Bansal tempat pemindahan banjir)

(Gasing yg masih lg selamat)

Baru-baru ini keluarga mertuaku terpaksa menghadapi ujian Allah SWT apabila banjir gelombang kedua telah melanda kampung Dusun Bunut, Kuala Pertang, Kuala Krai. Banjir yg paling buruk melanda kg ini pada tahun ini menguji kesabaran yg agak tinggi. Apatah lagi dalam keadaan bekalan elektrik dan air terputus disamping anak-anak yg tiada disisi. Banyak juga barang yg musnah. Air yg naik dalam masa yg singkat cukup mendebarkan, namun Alhamdulillah sehingga keadaan sudah kembali pulih tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Ujian yg menimpa ini mudah-mudahan menambahkan lagi keimanan kepada Allah Taala.

Friday, December 04, 2009

BERUNTUNGNYA JIKA ANDA WANITA SOLEHAH
Beberapa hadith Nabi mengenai wanita ;
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah, "Suaminya ". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan dilaut, burung diudara, malaikat dilangit, matahari dan bulan , semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
14. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
15. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.
16. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
17. Barangsiapa mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
18. Daripada Aisyah r.a., "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka".
Jadi, janganlah sesekali anda merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah. Buat renungan kita semua. Wassalam.