Monday, September 28, 2009

PENGUMUMAN PENTING!!!

DIUTAMAKAN UNTUK PEJUANG2 ISLAM


TANAH LOT UNTUK DI JUAL SEGERA

KELUASAN : 1/4 EKAR ( LOT BANGLOW)

LOKASI : ><350 METER DARI LEBUHRAYA PASIR PUTEH KE TERENGGANU
HARGA : RM35000 (BOLEH DIRUNDING)


* Tanah ni dalam proses pecah lot dan nama pembeli akan terus didaftarkan sebagai pemilik

Sebarang respon boleh dimesejkan di ruangan mesej blog ini

Maklumat Lanjut TENTANG TANAH boleh hubungi : 0139238685 (Ckg Fauzi)

Friday, September 25, 2009

HIKMAH PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL
PUASA enam hari pada bulan Syawal adalah kesinambungan kepada ibadat puasa sebulan yang diwajibkan pada Ramadan. Walaupun tidak berdosa sekiranya tidak dilakukan, tetapi hakikatnya puasa sunat enam hari pada bulan Syawal adalah ibadat yang penuh bermakna, malah ia amalan generasi soleh yang terdahulu.
Nabi s.a.w ada menjelaskan ganjaran kepada mereka yang berpuasa enam hari pada Syawal melalui beberapa hadisnya, antaranya hadis diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan, kemudian diiringi dengan (puasa) enam hari Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh.”Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya.”
Penegasan baginda itu menunjukkan puasa enam hari bulan Syawal amat digalakkan walaupun ia tidak sampai tahap wajib, kerana ganjarannya sangat besar. Nabi s.a.w sendiri menggalakkan umatnya rajin beribadat, dengan ibadat fardu disusuli dengan amalan sunat. Baginda ada menerangkan Allah S.W.T amat suka kepada hamba-Nya yang rajin beribadat, seperti pada hadis berikut:Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudnya: “Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya.
Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)Jika berpuasa pada Ramadan terpaksa menahan lapar dan dahaga, berpuasa enam hari pada Syawal tidak kurang juga menuntut ketabahan, malah apabila diperhatikan bahangnya lebih terasa kerana ketika berpuasa orang lain ‘berbuka.’
Tetapi sedar atau tidak, ibadat sunat enam hari itu juga adalah penanda aras keimanan dan ketakwaan seseorang terhadap Allah; sanggup berlapar dan dahaga ketika musim orang menikmati aneka juadah, semata-mata kerana menyahut anjuran agama.Menurut ulama, puasa sunat enam hari pada Syawal sebaik-baiknya (lebih afdal) dilakukan berturut-turut, dimulai pada hari kedua Syawal dan diikuti lima hari lagi berturut-turut.
Tetapi jika tidak dapat, boleh dilakukan pada mana-mana hari asalkan masih di dalam Syawal dan boleh dengan tidak berturut-turut asalkan cukup enam hari.Sesetengah ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal. Ulama juga berbeza pendapat antara puasa sunat enam hari pada bulan Syawal dengan puasa ganti (qada) Ramadan.Pendapat pertama mengatakan tidak dibolehkan niat puasa ganti bersama puasa sunat Syawal. Ini kerana berdasarkan hadis setiap amalan berdasarkan niat.
Sebagai contoh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam menggariskan adakah puasa enam boleh diniat sekali dengan puasa ganti: ‘Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasaqada.Imam As-Syafi’i (di dalam Kitab Al-Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab ‘setiap amalan dengan niatnya’ bahawa: Hendaklah dibezakan ibadat puasa Ramadan, puasa nazar, puasa kafarah, puasa qada dan puasa sunat.Imam Jalaluddin As-Suyuti (di dalam Kitab Al-Isybah) juga berpendapat hendaklah diasingkan puasa Ramadan atau nazar atau puasa sunat. Namun, seseorang yang berniat puasa qada ketika Syawal boleh juga dikurniakan pahala puasa enam (tanpa menjatuhkan niat itu) mengikut pendapatsebahagian ulama.
"Pendapat kedua mengatakan dibolehkan niat bersama, malah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa sunat enam hari dengan berniat hanya puasa qada pada bulan Syawal. Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat. Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus.
Bekas ketua jawatankuasa fatwa al-Azhar, Sheikh ‘Atiyyah Saqr, berkata seseorang yang tertinggal puasa pada Ramadan boleh berpuasa sunat enam hari Syawal dengan niat bersama puasa ganti. Menurutnya, orang yang berpuasa itu akan mendapat ganjaran berganda secara serentak; menggantikan puasa yang ditinggal dan mendapat ganjaran puasa enam hari Syawal.
“Bagaimanapun, dianjurkan seseorang itu menggantikan puasa tertinggal secara berasingan dengan puasa enam hari Syawal (supaya mendapat ganjaran yang lebih),” katanya.Ada juga ulama berpendapat puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadan akan datang.Sesetengah ulama berpendapat, orang yang mempunyai hutang puasa Ramadan hendaklah ‘membayar’ terlebih dulu, kemudian baru dikerjakan sunat puasa enam. Tidak mendapat sunat puasa enam jika ia juga diniatkan sebagai puasa qada.
Perbezaan pendapat itu sudah tentu memberikan pilihan dan ruang kepada umat Islam dalam melaksanakan amal ibadat, sesuai dengan konsep taysir (kelapangan) yang menjadi satu aspek penting dalam syariah, selagi mana tiada larangan terhadapnya

Thursday, September 24, 2009

MAJLIS TTMU MATO BEKAS PELAJAR SMK KEMAHANG
MENGGAMIT KENANGAN SILAM

Biarpun ramai lagi x-student SMKK yg tidak menghadiri majlis ini ( 2 Syawal lepas ) namun bagi diriku buat permulaan program tautan ukhwah ini menunjukkan satu kejayaan yang bermakna. Kami dapat bertanya khabar dan berkongsi cerita dan pengalaman. Inilah hikmahnya persaudaraan. Apapun bagiku program ini banyak menggamit dan mengimbau kenangan silam aku di sini. Nak cerita kisah lama sudah tentu berjela-jela panjangnya tapi cukuplah sekadar mengatakan setiap kenangan sudah pasti ada HIKMAH & RINDU. Mudah-mudahan program ini mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Saturday, September 19, 2009



Untuk teman-teman yg x- SMK Kemahang dari tahun 1989 hingga 2008, diharap dapat ambil ingatan untuk sama-sama hadir pada 2 Syawal bersamaan 21 Sept di satu Majlis Bertemu Mata, bertempat di kantin SMK Kemahang. Harap Malum. Maklumat lanjut layari :http://alumnismkk.blogspot.com/

Friday, September 18, 2009

SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN
Dengan ingatan tulus ikhlas, dikesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin buat;
*** Kaum keluarga tercinta. Mek, pok su ayeh, abg sor sekeluarga, abg mat sekeluarga, sah sekeluarga dan mok su wani di Kemahang. Begitu juga utk ayah, mek, abg pie, abg pa sekeluarga, abg die sekeluarga, adik ros sekeluarga di Kg Dusun Bunut serta semua kaum waris warah sama ada jauh dan dekat.
***Buat kawan kawan lama di Kg Kemahang iaitu seli su, roza, Syiman (AJK Penaja KASKEM), fauzi, kuji, azaini(jadi asp di Srwk), ju pak cik awang, asmahani, jarah, sanusi, syidah, zura, kak long, faizal, seli peah, halim, zafir, zamani mail, rosmaini, sedi pok weil, lie pok weil, edi mok ku nak, nuar, imi, mejan, azuan, pok lan, ruzie, ropi, mat amin, ju pok mat, mesol, jefri, dan banyak lg tak terbilang,.......
***Buat rakan seperjuangan dalam gerakan Islam PAS semasa di universiti dulu iaitu rozairi sekeluarga, mail sarawak sekeluarga, emram sekeluarga, razman sekeluarga, zamri sekeluarga, Iwe, abg din sekeluarga, cikgu fauzi sekeluarga, yusran, fakruzzaman dan isteri, zubir dan keluarga, ady, w.zakaria dan keluarga, dan banyk lg...........
***Sahabat seperjuangan Islam dan (PAS) di sabah dulu iaitu ckgu anuar ali (AJK Pemuda Pusat), che'gu jamil, ust akmal x-pegawai agama istana, ust khaidir, Ust abdullah din (dah pindah kedah),Cikgu Zul Tamparuli (Kg Banggol Ara, P.Mas), ust kahar(timb ketua bahagian keadilan k.marudu), ust jamrus, ust azam, ust rafi qari, ust anuar qari, ust rafi timbang batu, ust Lah jj, ust zaidi, ust trimizi pisang, ust lah yaman, ust rahim, ust tengku, ust muslim, ust wan amran, ust syukur(X-naqib usrah), ust khairul, ust zaidi (legehiyyah.blogspot.com), ust mahisan, ust ahmad, ust zamzuri, ust hamdy, ust saminurrahim, ust shahril, ust syukri, ust nik, jali, ust baharom dan ramai lagi tak terbilang........
***Guru, X-Guru dan kakitangan SMK Bengkongan (Ckg Zaimi& isteri yg dah pindah ke Trganu, Amiah, Samih, Derus, Anuar, Amran, Miasin, Jaikum, Zetty, Masri&isteri,Marmoh x-pengetua, Mastu, W.Nurul Hajar, Jamaluddin, Habir, Ramidah, Yusnita, Zatun, Zamri, Rajak,Zainal,Elah dan lain2
***Sahabat saudara baru iaitu jukin bukit lalang dan keluarga, ketua kg longob dan keluarga dan semua peserta (saudara baru) kursus setiap hati sabtu di masjid at-taqwa......
***Rakan baru, Cikgu Cikgi di SMKAL
"PAS FOR ALL"

PENGUMUMAN PENTING!!!!
PELABURAN SAHAM AKHIRAT

TEMPAHAN KORBAN 1430H/AKIKAH DI PERKAMPUNGAN SAUDARA BARU
Sahabat- Sahabat Kota Marudu dan DI MANA SAHAJA BERADA boleh mendaftarkan diri mulai sekarang sehingga 30 Nov 2009 untuk merebut peluang membuat Ibadah korban/akikah/hibah di perkampungan saudara baru/muallaf yang akan dikelolai oleh Yayasan Amal serta AJK PASTI Kota Marudu. Pihak AJK PASTI akan menghubungi pemohon untuk pembayaran . pelaksanaan dan pelaporan kepada ikhwan yang terlibat. Korban Anda amat diperlukan. Dianggarkan bayaran 1 bahagian ialah RM 350. Pertanyaan Hubungi 013-9807431(Us Khairul)
Borang tempahan boleh di perolehi melalui :http://khairulanuarnawi.blogspot.com/

Saturday, September 12, 2009

RAYUAN DERMA MASJID TOK GURU..
Salam Ukhuwwah...
Kami memerlukan DERMA ANDA untuk mengisi “TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3″. Untuk keterangan lanjut, sila lawati: http://masjidtokguru.blogspot.com/
(Sila sebarkan kepada rakan-rakan anda)
Terima kasih.

Friday, September 04, 2009

BETUL KE ADUN BAGAN PINANG MENINGGAL?

Sekejap td aku mendapat p'khabaran dr Mstar bahawa ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd Noor telah meninggal dunia sebentar tadi akibat serangan jantung. Apa-apapun kita tunggu berita lanjut nanti sama ada berita ni sahih atau tidak.... Kalau betul lah berita ni....takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham.