Thursday, January 29, 2009

AL-FATIHAH BUAT MAIL PITAS

(Gmbr yg ku rakam semasa perkahwinan arwah)
Ahad lepas aku dikhabarkan tentang kembali nya kerahmatullah sahabatku Ust Mail. Bertalu sms masuk ketelefon ku dari sahabat-sahabat yang masih berkhidmat disana termasuklah Ust Bad dan Syah. Dia cedera parah pada hari khamis sebelumnya kerana terlibat dalam satu kemalangan di Pitas. Dia yang merupakan ustaz dikalangan anak tempatan telah meninggalkan seorang balu Ustazah Suji dan seorang anak yang baru juga dilahirkan. Dikejauhan ini hanya ucapan takziah dan sedekah Al-Fatihah yg dapat dikirimkan oleh kami sekeluarga buat isteri dan keluarganyanya.Mudah-mudahan dia ditempatkan bersama golongan orang-orang yang Soleh. Al-Fatihah……

BUBUR AS-SYURA HANGAT DIAKHIR MUHARRAM

Alhamdulillah..diakhir2 Muharram ni ramai pula dikalangan kita berebut2 membuat bubur as-syura. Termasuklah aku, keluarga dan teman2 sendiri. Biarpun bukannya berkemahiran dalam bab masak2 bubur ni ni tp tentang kacau-mengacau ni boleh tahan juga. Yang agak grand tahun ni 3 kawah di buat di masjid PAS Chedok/bersekali dengan PASTI (yang masih belum siap sepenuhnya dan memerlukan sumbangan orang ramai). Yang lain2 biasalah sekawah-sekawah. Alhamdulillah hasil bubur ni enak dan lazat berbanding bubur ni di KDC, Kota Marudu dulu maklumlah di sini ada tukang2 veteran yang berpengalaman. Kalau dulu kat sabah buat dalam kuali aje tp disini dalam kawah hitam tu. baru nampak real. Walaupun proses akhir kerja ini nak menghasilkan bubur yang enak namun apa yang lebih utama ia dapat menghidupkan sunnah dan juga dapat mengeratkan ukhwah sesama sanak saudara, rakan taulan dan jiran sekampung. Mudah-mudahan kerja-kerja membuat bubur as-syura ini akan tetap diadakan pada tahun2 mendatang kerana di sana ada hikmah yang banyak untuk kebaikan ummah.

CAKNA PALESTIN MENYENTUH SUNUBARI

Petang Jumaat lepas aku dan beberapa sepupu termasuk adik bongsu telah bersama-sama di majlis Cakna Palestin anjuran Kerajaan Kelantan Darul Naim. Biarpun kami dah agak terlewat sampai alhamdulillah kami masih lg sempat solat maghrib beriman di stadium yg penuh dengan lautan manusia. Apabila solat hajat selesai dan doa dibaca iman kesayuan terus menusuk ke kalbu. Dengan kehadiran yang sebegini ramai menjelaskan lagi kecaknaan ummah terhdap penderitaan saudara seislam di Palestin yang menjadi mangsa kezaliman yahudi zionis laknatullah. Program yang diselangi dengan nasyid, pentomin yang hebat beserta ceramah dari pelbagai pimpinan yang berlainan agama dan anutan jelas menggambarkan permaufakatan ummah memerangi kezaliman. Apa yang pelik sehinggakan ada pimpinan yang bukan Islam diakhir ucapan menyebut Hidup Palestin!!! dan Hidup ISLAM!!! Alhamdulillah bagi ku secara peribadi program ini cukup berjaya biarpun program dihujani hujan rahmat yang turun namun kesetiaan hadirin tetap utuh sehinggalah majlis selesai.

Thursday, January 08, 2009


CONTINUE MY BLOG......
Alhamdulillah baru hari ini berkesampatan menyambung kembali berblog. Maklumlah baru pindah ni banyak perkara yg perlu dilaksa dan dibereskan. Apatah lagi persekitaran perkhidmatan yang agak bebeza dengan SMK Bengkongan (sekolah lamaku) membuatkan aku perlu lebih cergas biarpun tidaklah mengalami kejutan budaya yang serius. SMK Ayer Lanas yang baru dijejaki ini bukanlah kategori sekolah bandar tapi dari segi prasarana jauh berbeza jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah di Sabah. Sekolah ini juga menjadi sekolah angkat Dato' Stopa Mamat dan bagi staff2 yang berhaluan kiri (pembangkang) nampaknya perlu lebih berhemah. Bagi aku......kehidupan dan stail kerja diteruskan seperti biasa. Berkopiah, berpakaian simple ala islamik tetap diteruskan dan nampaknya setakat ini belum ada pihak pentadbiran yang menegur. Apa2pun yang penting kita amanah dengan tanggungjawab sbg pendidik.