Thursday, September 20, 2012

KURSUS PENGURUSAN DATA FASA 2
JABATAN PELAJARAN KELANTAN DI DEMONG BEACH RESORT.
Hari ini adalah hari terakhir aku dan rakan-rakan guru data berkursus di Demong Beach Resort. Sejak 18 Sept sehinggalah 20 Sept 2012. Sekarang ni adalah majlis perasmian penutup yang dihadiri oleh En Abdul Hamid Dollah iaitu KPP SPS. Banyak ilmu dan penambahbaikan diperolehi. Sayonara sekejap lg......



Thursday, August 25, 2011


Dikesempatan yang mulia ini saya dan keluarga ingin merakamkan ucapan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN" kepada semua saudara-mara, sahabat handai dan rakan taulan dimana jua berada baik di Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak. Didoakan mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat, pengampunan dan pembebasan dari api neraka. TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR

Tuesday, January 04, 2011

Laporan Lewat Sempena Cuti2 Malaysia 2010
Gambar : Ckg Ya Waja "NEHE", Ckg Ya Accord "YES"


Gambar : Alumni Al-Ikmal di Pengkalan Balak, Melaka

Gambar : Bersantai di Kemunting Resort, Melaka

Gambar : Muzium Samudera, Bandar Bersejarah, Melaka

Thursday, November 11, 2010

ALHAMDULILLAH..ADILAH MASIH MEMPERTAHANKAN KEJAYAAN

Guru yg berkomitmen

Adilah: persembahan menghafal 9 hadith

Semasa menerima hadiah

Bersama hadiahnya


Sokongan keluarga

Tahun lepas anak keduaku Adilah dah berjaya menjadi pelajar cemerlang 4 tahun di PASTI Nurul Ehsan Ayer lanas. Alhamdulillah tahun ini dia masih dpt mempertahankannya untuk sesi 5 tahun. Nanti 27 Nov ini Adilah akan mewakili PASTInya untuk peperiksaan di peringkat negeri pula. Syukur banyak-banyak kepada Ilahi. Mudah-mudahan kejayaan ini akan terus berulang dan berkekalan. Sebagai bapa tidak dpt diceritakan kegemberiaan dan ini adalah anugerah yg perlu disyukuri kerana barangkali ini adalah ujian Allah untuk hambanya.Terima kasih banyak kepada guru-guru PASTI Nurul Ehsan Ayer Lanas yang telah mendidik anak-anak sehingga berjaya. Kelmarin Adilah mempersembahkan nasyid dan solo menghafal 9 hadith manakala rakan-rakannya 6 tahun mempersembahkan amali solat yg lengkap dengan zikir dan doa serta ayat 1000 dinar. Barangkali ada sesetengah ibubapa yg tidak boleh menguasai seumpama itu. Ada yang dilihat raut wajah mereka penuh kegembiraan dan kehibaan. Allahuakbar….akupun rasanya tak mampu nak didik anak macam ni di rumah. Tapi…inilah jasa guru-guru. Mudah-mudahan Allah memberikan ganjaran yang selayaknya kepada mereka. Upacara pembahagian hadiah disampaikan oleh isteri YB Ustaz Abdullah Yaakob. Tahniah anakku. TAKBIR!!!

~Terkini~
Keceriaan anak keempatku….Nur Afrina Arifah
Ini gambar untuk tatapan pak saudara Arifah yg belum lg melihatnya.....

LDP@Mesyuarat Akhir Tahun 2010 SMKAL


AWALAN NETBOOK DAN PROBLEMANYAGambar : Suasana semasa program pembahagian netbook di SMKAL. Ramai yg hadir termasuk ibubapa yg diwajibkan. Apa yg mendukacitakan, kasihan dgn ibubapa yg terpaksa menunggu lama apatah lagi ada yang bawa anak-anak kecil. Komen dari mereka : diharap pihak pengurusan pembahagian netbook tidak mengulangi kejadian seumpama itu lagi. Apa salahnya netbook dibahagi mengikut kumpulan dan sekolah yg dihandle oleh wakil pegawai ppd (sekiranya perlu). Ini tidak. Suasana program jadi macam pasar borong dan jualan raja lelong. Mendukacitakan ramai pihak……..:)

PERKEMBANGAN TERKINI PRA -U smkal

Suasana bilik pensyarah Pra-Universiti. Komitmen dari mereka tetap diperlukan untuk mrningkat dan mengekalkan prestasi straight A.

Wednesday, October 20, 2010

UBAT PENYAKIT TAKBUR


Imam al-Ghazali ada mencatatkan lima cara untuk mengikis sikap takbur dalam diri seseorang iaitu dengan cara:

*Apabila kita bersuara dengan anak-anak kecil, maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana mereka masih belum mempunyai dosa-dosa berbanding dari kita yang telah dewasa.

*Apabila kita bersuara dengan orang tua pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya doanya lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beramal ibadah kepada Allah dari kita.

*Apabila kita bersuara dengan orang alim pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya beliau lebih mulia daripada kita kerana insan sebegini memiliki lebih banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.

*Apabila kita bersuara dengan orang jahil pula, maka kita anggaplah yang sebenarnya dia lebih mulia dari kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya, sedangkan kita berdosa akan tetapi memiliki ilmu pula dengan sengaja kita melakukannya walaupun hakikatnya kita tahu yang mana satu perkara buruk dan baik.

*Apabila kita bersuara dengan orang kafir pula, katakanlah dalam hati bahawa suatu hari nanti mungkin dia akan insaf dan akan memeluk islam. Maka semua dosa yang dilakukan sebelum dia masuk Islam akan diampunkan oleh Allah s.w.t. Sedangkan kita pula sebagai umat islam sejak lahir terus -menerus melakukan dosa tanpa mengenal balasan Allah yang bakal tiba kelak...

Dan yang sebenarnya telah banyak manakah dosa dan pahala yang tidak mampu kita pastikan..?

Monday, August 23, 2010

Untuk memenuhi permintaan sahabat isteriku...aku uploadkan gmbar terbaru rumahku setakat ini. Pagar rumah belum buat lagi.......
Keluasan rumah : 2120 kaki persegi


Monday, August 09, 2010

(Isteri tersayang yg masih sempat ceria)

(Wajah Nur Afrina Arifah hari pertama kelahiran)

AHLAN WASAHLAN CAHAYA MATAKU
Alhamdulillah tanggal 25 Sya'ban bersamaan 06 Ogos, bertepatan dengan yaumul Jumaat, baby baru kami selamat lahir ke dunia, di daerah Jeli, negeri Kelantan, negeri Serambi Mekah. Seorang muslimat yg beratnya 2.91kg. Ini adalah amanah baru yang menjadi tanggungjawab. Mudah-mudahan Allah memberi kami kekuatan dan kesenangan untuk membimbingnya kearah kesejahteraan dunia dan akhirat. Takbir!!!ALLAHUAKBAR

Wednesday, June 09, 2010

TERKINI...

Sunday, May 23, 2010

TERKINI

Monday, April 12, 2010

Mereka lebih takutkan Allah...KITA ...????

Friday, April 09, 2010

Terkini, proses pembinaan rumahku.

Tuesday, April 06, 2010

Tujuh Perkara Tanda-Tanda Takut Kepada Allah

MENURUT Abul-Laits tanda-tanda takut kepada Allah dapat dilihat dalam tujuh perkara;
Pertama, pada lisannya. Seseseorang itu yang menghindarkan daripada dusta, ghaibah, menyibar fitnah, berbual-bual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca al Quran dan muzakarah ilmu. Dalam hal ini tentulah berzikir dengan nawaitu tidak betul, misalnya hendak menunjuk-nunjuk kealiman dan untuk dilihat sebagai orang yang senantiasa mengingati Allah.Membaca al-Quran pula bukan untuk menghayati hukum-hukum dan perintah Allah tetapi untuk menunjuk kelunakan suara dan kebolehan melagukan ayat-ayat Quran dengan berbagai lagu dan irama. Manakala bermuzakarah tentang ilmu bukan mencari penyelesaian kepada sesuatu permasalahan yang timbul tetapi menegakkan hujah dan ego masing-masing.
Kedua, pada hatinya. Seseorang itu membuang masa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Perlunya membuang kedengkian kerana dapat menghapuskan kebaikan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda; "Hasad dapat memakan kebaikan sebagaimana api yang membakar kayu." Penyakit hasad adalah amat merbahaya. Tidak ada ubat untuk mengatasi penyakit ini selain ilmu dan amal.
Ketiga, pada pandangan. Seseorang yang tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian dan hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpesona dengan dunia. Sebaliknya dia memanang dengan mengambil iktibar. Rasulullah s.a.w. telah bersabda; "Barang siapa memenuhi matanya dengan benda haram, maka Allah akan memenuhinya dengan api pada hari Kiamat.
Keempat, pada perutnya. Perut seseorang itu tidak diisi dengan barang dan wang haram, hasil curi, rompak, rasuah dan sebagainya. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesuap makanan haram masuk ke perut, seluruh Malaikat di langit dan di bumi akan melaknati selama barangan itu berada di dalam perutnya. Jika mati di dalam keadaan demikian maka dia akan di tempatkan ke Neraka.
Kelima, pada kedua tangannya. Seseorang yang tidak menggunakan kedua tangannya untuk melakukan sesuatu yang haram melainkan untuk taat kepada Allah. Dirawikan daripada Ka'ab Akhbar dia berkata; "Sesungguhnya Allah telah membina bangunan dari zamrud hijau. Di dalam terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok. Tidak dapat masuk ke kawasan itu selain orang ditawarkan barang haram, namun dia menolak kerana takut kepada Allah.
Keenam, pada langkah kakinya. Seseorang itu tidak menggunakan kakinya untuk melangkah ke tempat maksiat. Tetapi melangkah hanya untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya serta untuk bergaul dengan para ulama dan orang-orang soleh.
Ketujuh, terlihat kepada ketaatnya. Seseorang itu menjadikan ketaatannya semata-mata mencari keredhaan Allah. Takut kepada riak dan munafik.
Sesiapa yang melakukan tujuh perkara itu dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan Allah; "Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa dalam kebun-kebun dan mata air (Syurga)." - Al Hijr: 45. Wassalam
~Petikan dari MSO~

Tuesday, March 30, 2010

KENANGAN BERSAMA PELAJAR CEMERLANG STPM
KEBANGSAAN

(semua tenaga pengajar tingkatan 6 dan barisan pentadbir bergambar kenangan bersama Najmuddin)

Saturday, March 20, 2010

(Terkini: Masih dalam pembikinan, baru naik kayu untuk atap)

Wednesday, March 03, 2010

AKU, UST JANIS DAN KOTA MARUDUPerkenalanku dgn Ust Janis tidaklah lama, lamun keakraban kami boleh juga tahan. Bermula dgn pertemuan pertama (seingatku di SK Ranau) telah menautkan ukhwah yg tinggi nilainya. Walaupun kini masing-masing kami meyepi untuk berhubung namun perjuangan masing-masing tetap diteruskan. Ye lah aku skrg bukan lagi berada di Sabah.....berada di kelate buat kerja dakwah di kelatelah...dan beliau yg merupakan anak tempatan Sabah akan terus menerus berbakti di sana. Didoakan semoga beliau terus kental dengan tugasnya.....2 hari lepas terpandang gambarnya dlm blog abunuha corner, terus terkenangkan aku kepadanya dan Kota Marudu tmpat awal pertemuan kami. kejap lg aku nak bersms....SLM UKHWAH MAULIDURRASUL