Sunday, October 26, 2008

DEKLARASI JANDA BAIK
Memandangkan keadaan politik negara yang gawat, cabaran dan gugatan terhadap kepimpinan Melayu yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, dari dalam dan luar negara serta keadaan ekonomi dunia yang kucar kacir dewasa ini, maka KAMI, para penulis, wartawan dan blogger yang prihatin terhadap nasib Bangsa, Agama dan Tanah Air, yang bersidang di Janda Baik, Pahang mengambil sikap dan pendirian seperti berikut:-
1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI.
2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.
3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.
4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.
5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.
6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sanggup memperjudikan nasib BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR.
7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.
8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.
9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.
10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan.
11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.
12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.
13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan KEADILAN dan TANGGUNGJAWAB sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.
14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan PERLEMBAGAAN NEGARA demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.
15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa. Oleh hal demikian KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.
Inilah deklarasi yang tulus ikhlas yang KAMI abadikan sebagai cetusan rasa dari buah fikiran KAMI demi memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat, Keamanan dan Kesejahteraan Negara Malaysia.
KAMI rakamkan cetusan hati nurani Rakyat yang bernama DEKLARASI JANDA BAIK, bertempat di kediaman Sdr Syed Hussein Al-Attas, bertarikh 26 Oktober 2008.

PASTI AL-HIKMAH KOTA MARUDU DIRASMIKAN DENGAN JAYANYA (Kemaskini)

Thursday, October 23, 2008

PASTI AL HIKMAH AKAN DIRASMIKAN SECARA SAH
InsyaAllah tanggal 25 Oktober ini satu sejarah baru akan terukit bila PASTI Al-HIKMAH Kawasan Kota Marudu akan dirasmikan. (kemaskini)
Agenda program adalah seperi berikut :
Tarikh : 25 Oktober 2008 (Sabtu)
Masa : 1.30 Petang
Tempat : PASTI, No 45 Taman KDC, K.Marudu.
Agenda : - Ucapan Pengerusi PASTI Kawasan
- Ucapan Penasihat PASTI Negeri
- Ucapan Perasmian PASTI Oleh :
Tuan Guru Hj Baqi Osman
- Taklimat Dan Pelancaran Air Tasnim Gau
- Jamuan
- Bersurai
"SEMUA WARGA PASTI DAN ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR"

Monday, October 20, 2008

PENGUMUMAN!!!
PROGRAM CERAMAH ISLAM
Bersama:
Tuan Guru Hj Baqi Osman
(Maahad Darul Ridhwan, Chenor, Temerloh, Pahang)
Tarikh :
25 Oktober 2008
Masa :
11.00 Pagi
Tempat :
Masjid At-Taqwa,
Masjid Daerah Kota Marudu, Sabah.
JANGAN LEPASKAN PELUANG. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
MENIMBA ILMU UNTUK BEKALAN AKHIRAT

Thursday, October 16, 2008

Pendaftaran Pelajar PASTI Pantai Barat Sabah Sesi 2009
Disenaraikan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk memudahkan saudara-saudara memilih lokasi terdekat atau yang digemari.
Senarai bermula dari Beaufort menuju ke Kudat.
Pendaftaran mula dibuka sekarang, untuk anak-anak 4-6 tahun (tahun lahir 2003-2004-2005). Jika ada anak-anak non muslim, pun boleh join sekali.
1) PASTI Darul Falah, No. 5 Taman Inti Subur, 89808 Beaufort - Ust Razali 019-8208489
2) PASTI Nor Mawaddah, S8 Taman Papar, Kg Sungai Padang Papar - Ust Salim 019-8102728
3) PASTI al-Aqsa, Lot 156, Lorong 2A, Taman Limauan, Kinarut - Ust Yusrizal Ramli 012-5784731
4) PASTI al-Furqan, Lot 303 Jalan Dinawan 2, Taman Pantai Lok Kawi(Sabindo) Jalan Papar, Kinarut - Ust Zainuddin Lateh - 013-758974
5) PASTI Nur Fathonah, No 4, Lorong 1, Taman Union, Pekan Putatan - Ust Akmal 013-8510199
6) PASTI ar-Raihan, Surau al-Firdaus, Kg Sri Pandan, Jalan Bukit Vor, Perkampungan Pasir Putih, Putatan - Cikgu Dahliya Muri 013-8761052
7) PASTI al-Hidayah, Surau Quarters Keretapi, Tanjung Aru Kota Kinabalu. - Cikgu Firusah 088-266904
8 ) PASTI al-Hikmah, No 2, Lorong Selunsung E, Taman Sempelang Sembulan 88100 Kota Kinabalu - Cikgu Firusah 014-8745157
9) PASTI Nurul Hasanah, Surau Perumahan Bukit Padang, Quarters Flat Hospital Mesra Bukit Padang, Jalan Kolam Luyang, Kota Kinabalu. -Cikgu Wahyu 013-8607242
10) PASTI asy-Syifa’, No 12 Lorong Pokok Seraya 5F/1 Taman Khidmat, Kolombong. Cikgu Musriani - 016-8135500
11) PASTI al-Amal, Kg Likas Kota Kinabalu. Cikgu Kasminah Sulaiman - 016-8382621
12) PASTI ar-Rahman, No 15 Jalan Raja Udang 3a, Taman Kingfisher, Likas - Cikgu Musriani - 016-8135500
13) PASTI an-Najah, No 55 Lorong 12 Fasa 1, Taman Kuala Menggatal - Cikgu Musriani - 016-8135500
14) PASTI Kg Lobou, Menggatal (Bakal dibuka 2009)
15) PASTI as-Solihin, Lorong 14 Taman Puterajaya Telipok - Cikgu Musriani - 088-412512
16) PASTI al-Iman, Peti Surat 366 89208 Tuaran - 088-793103 (Cikgu Anisa Sakim)
17) PASTI Pekan Kota Belud
18) PASTI al-Hikmah, No 45 Taman KDC, Jalan Pekan Baru 89108 Kota Marudu - Cikgu Zakaria Md Ali Hanafiah - 019-9745489
19) PASTI Pinggan-Pinggan, Peti Surat 441, 89108 Kota Marudu - Ust Wan 019-8808047
20) PASTI al-Furqan, Jalan Taman Tanjung Kapur, 89057 Kudat - Cikgu Samad - 013-8639117
Insya Allah akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Masih banyak maklumat PASTI sedang dikumpul.

(Dipetik dari :http://abunuha.wordpress.com/)

Tuesday, October 07, 2008

AMANAH BARU SEBELUM PINDAH BERTUGAS(kemaskini)
Hari ni aku dan beberapa rakan guru (Cikgu Soo, Satri dan Jasni) telah dilantik sebagai pegawai Pemantau bagi menjelajah ke sekolah-sekolah di daerah Kota Marudu dalam melaksanakan misi memantau Ko-Kurikulum sekolah. Sekolah yang sempat di pantau selia hari ni ialah SK Sampir dan SK Bengkongan. Kami juga sempat ke SK Teringai Darat namun PK Kokumnya tiada kerana sakit mata. Pemantauan mengambil masa yang agak lama kerana skop pemantauan yang pelbagai dan menyeluruh. Jalan utk ke sekolah2 yg dipantau pun bergrabel dan agak teruk. Nasib baiklah td pergi dgn frontier ku. tak lah bermaslah sangat. Secara puratanya kebanyakan sekolah setakat ini tidak memenuhi kehendak skop pemantauan. banyak yang kurang termasuk benda2 asas ko-kurikulum. Esok kami akan memantau lagi......jam 7.30 pg bersedia berkumpul utk bergerak.
Hari kedua kami ke SK Malangkap dan SK Marak Parak. Ia memakan masa yang agak lama dari tanah rata. Jalannya sangat mencabar dengan batu-batu besar. Maklumlah kawasan bukit. Kemudahan fasiliti yg kurang menampakkan lagi kedaifan kemudahan yg sepatutnya disediakan kerajaan. Ada yang tiada elektrik dan bangunan serta kemudahan lain juga ada yg nazak. Fail kokum...biasalah. Kadangnya fail je ada tapi isi kosong dan tidak di update. Tapi satu perkara yang perlu di respect iaitu kesanggupan serta pengorbanan guru yg berkhidmat di sana. Ada yang sanggup berulang2 setiap hari. Petang pula kami sempat ke SMK Langkon. Nampak fail mcm bagus namun masih lompang dan tidak menepati kehendak jabatan. Kami balik dalam keadaan cuaca yang hujan lebat sampai ada di antara kami yg basah2.
Hari ketiga sekolah yang menjadi tumpuan ialah SK Tanjung Batu, SMK Tandek dan SK Tandek. Biasa juga pemantauan mendapati masih banyak yang perlu diperbetul dan disediakan mengikut kehendak jabatan. Ini penting dalam memastikan kegiatan dan pengurusan kokum kemas dan teratur serta berkesan. Aku sendiri pun disekolah masih banyak yg perlu dikemaskini. Biasalah baru terjun dalam bidang ni. Apa-apa yg kurang kita sama-sama memenuhi. "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA".
Gambar2 Kenangan semasa pemantauan


(Ini adalah kelas belajar yg agak daif)

Sunday, October 05, 2008

MENGIMBAU RAMADHAN 1429H
Ramadhan yg lalu telah merakamkan seribu makna dan sejarah tersendiri buat aku serta sahabat2 khususnya di Kota Marudu ni dan Sabah amnya. Mungkin ini adalah Ramadhan terakhir di negeri di bawah bayu ni buatku dan sahabat2 yang bakal berpindah ke semenanjung pada bulan Januari 2009 nanti. Antaranya yg dah isi borang pohon pindah ialah Ust Badrol sekeluarga serta Ust Muslim Pingan2 sekeluarga. Maklumlah dah hampir 8-9 tahun sudah kami berada di Sabah ni dan nampaknya sesuai sudah kalau dpt pindah pun jika diizinkan Allah SWT. Kata pepatah " Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri, Baik Lagi Di Negeri Sendiri". Biasalah alasan........Untuk Ramadhan kali ini beberapa program je yang dapat dilaksanakan disamping aktiviti rutin menjelajah surau-surau sekitar antaranya Masjid Daerah, Surau An-Nur Longob, Surau Garuda Baru, Surau Taman Beringin, Surau SMKKM Surau hospital lotong dan Surau SMKKM2. Antaranya program yang sempat di atur tahun ni ialah, Program berbuka puasa di kampung saudara baru, program agihan kurma dan pakaian kepada golongan miskin/saudara baru, program agihan barang2 keperluan utk anak yatim serta majlis berbuka puasa untuk warga Pasti Al-Hikmah. Walaupun semua program ini tidaklah mempunyai peruntukan besar namun berkat bulan yang mulia ni alhamdulillah sambutannya amat menggalakkan. Cuma yang grand sikit ialah dapat sumbangan dari JAKIM sebanyak RM1500 untuk majlis berbuka puasa. Terima kasih che'gu Jamil, Ust Khaidir dan Ust Akmal yang sudi datang memeriahkan lagi program apatah lagi berusaha mendapatkan peruntukan demikian dan juga sebahagian pakaian. Untuk sahabat2 disini ( Ust Rafi, Ust Hazimi, Ust Badrol, Ust Sharil, Ust Rahim, Ust Ajirin, dan banyak lagi.......kalau nak disenaraikan) yang banyak berkorban menjayakan misi dakwah sempena Ramadhan terutama untuk sumbangan tenaga, pakaian, duit, bekalan raya, bahan2 berbuka puasa diucapkan terima kasih banyak-banyak. Cuma rasa terkilan sikit sebab untuk pelajar yatim SMKKM2 program tak dapat diteruskan. Menurut cikgu Lie, ini disebabkan ada sedikit masalah teknikal . Mudah-mudahan program seumpama ini akan dapat diteruskan lagi tuntuk tahun depan agar terus menerus mendapat keberkatan. Yang penting Ikhlas.........Amiin.
(Koleksi Gambar program)

Saturday, October 04, 2008

KEMBARA KELUARGA 2008
Gembira rasa hati bila keluarga mek dan mertua dapat datang ke Sabah. Namun untuk raya kali ini kami sekeluarga tidak dapat berpeluang pulang kekampung di tanah besar kerana standby untuk balik semasa mek nak berangkat ke Mekah nanti. Apapun kasih ibubapa tidak ada tandingan malah tidak dapat di galangganti. Maaf Zahir Dan Batin dari anakanda sekeluarga di kejauhan ini.

MADIHAH CEPAT TEMBAM
Nampaknya perkembangan fizikal madihah memberangsangkan. Cuma apa yang menghairankan belum lagi dia dapat meniarap, mungkin barangkali faktor tubuhnya yang agak gempal. Sekarang beratnya hampir mencecah 8-9 kg. Mudah2an dia dapat terus merangkak dan berjalan
.

Thursday, October 02, 2008

MUSIBAH DI EIDUL FITRI KE-2

Tragedi kemalangan jalan raya di dunia ini tidak mengira tempat dan tarikh tertentu. Bukan sahaja dibandar2 dan dijalan2 besar namun di kg/pedalaman pun boleh berlaku. Biarpun dlm keadaan umat bergembira namun disana ada ujian2 tertentu untuk menguji keimanan dan ketakwaan manusia sama ada tetap bersyukur dengan nikmat atau bersabar dengan musibah yang menimpa. Pulang dr rumah ucop td ada satu kereta terbabas di dalam parit. Nasib baik tuannya dikhabarkan tidak mengalami kecederaan serius. Ini barangkali kes-kes yg boleh dimasukkan dlm statistik opps sikap 17 polis traffik. Itulah ketentuan Allah agar manusia memandang hikmah di sebalik satu2 kejadian. Mudah2an munusia berfikir.

SEDUTAN KHUTBAH EIDUL FITRI 1429H
Masjid Daerah Kota Marudu.
Khatib: Zakaria Md Ali Hanafiah
(Kemaskini)

Barangkali, mungkin ini adalah tugas membaca khutbah terakhir untuk aku di Masjid Daerah Kota Marudu ni. Walaupun ada satu lagi giliran pada 28 November ni, tapi rasa macam tak sempat. Mungkin masa tu dah berada di kampung ...biasalah cuti hujung tahun, apatah lagi kalau dapat berpindah. Untuk Warga muslim di daerah ini yang mengikuti khutbah Jumaat aku selalu, pohon maaf kalau ada sebarang kekurangan dalam khutbah sama ada dari sebutan dan penyampaian. Maklumlah aku yg berbahasa jerman ni tak boleh tinggal loghat tu. Walau apapun.... yg bermanfaat tu sama-samalah diambil iktibar dan pedoman mudah-mudahan kita senantisa berada dalam hidayah dan rahmat Allah SWT. AMIIN.

TAHNIAH UST ZAIDI BUKIT GARAM

Di kesempatan ini ana nak ucapkan tahniah kpg ust zaidi bukit garam, Sandakan, Sabah atau kg asalnya di legeh, kelantan kerana pertama...... ada baby muslimah baru dan kedua..... kerana dah berjaya menjadi blogger yg hebat. Semoga terus istiqamah dalam berdakwah melalui medium maya ini dan tak lupa di kesempatan ini ana sekeluarga ucapkan........
"SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN".
Ayuh sahabat2 kunjungilah :www.legehiyyah.blogspot.com untuk memberi sokongan. TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR

LEMANG OH LEMANG



Raya kali ini tradisi membuat lemang masih terus dilaksanakan oleh geng-geng semenanjung di perantauan Kota Maradu, Sabah ni. Selain untuk makan dan menjadi juadah raya, misi membuat lemang tidak lain hanyalah untuk memperkukuhkan persaudaraan melalui kerjasama dan semangat bermasyarakat agar tidak luntur di telan arus kemodenan. Ye lah....kalau ikut, proses membuat lemang memang memakan masa....untuk sedia bahan-bahan, untuk membakar lg yang memerlukan masa 4-5 jam dan ini amat memeritkan bg mereka yang tidak biasa. Kalau ikut hati moden ni apa yg nak di susahkan , beli yg segera dan rebus lg cepat. Tp budaya moden segera ini akan menghakis semangat bekerjasama dan bermasyarakat dan lama-kelamaan ia mungkin merencatkan proses persaudaraan Islam yg sepatutnya senantiasa disuburkan dalam kehidupan. Tahun ini aku, hafiz, azam, badrol, ja dan rijal hanya buat 20-25 btg saja lemang ni. Cukuplah tu.......ambil syarat.

Wednesday, October 01, 2008

SALAM EIDUL FITRI 1429H

Dengan ingatan tulus ikhlas, dikesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin buat;

- Kaum keluarga tercinta di semenanjung. Mek, pok su ayeh, abg sor sekeluarga, abg mat sekeluarga, sah sekeluarga dan mok su wani di Kemahang. Begitu juga utk ayah, mek, abg pie, abg pa sekeluarga, abg die sekeluarga, adik ros sekeluarga di Kg Dusun Bunut serta semua kaum waris warah sama ada jauh dan dekat.

- Buat kawan kawan lama di Kg Kemahang iaitu seli su, roza, fauzi, kuji, azaini(jadi asp di Srwk), ju pak cik awang, asmahani, jarah, sanusi, syidah, zura, kak long, faizal, seli peah, halim, zafir, zamani mail, rosmaini, sedi pok weil, lie pok weil, edi mok ku nak, nuar, imi, mejan, azuan, pok lan, ruzie, ropi, mat amin, ju pok mat, mesol, jefri, dan banyak lg tak terbilang,.......

- Buat rakan seperjuangan dalam gerakan Islam PAS semasa di universiti dulu iaitu rozairi sekeluarga, mail sarawak sekeluarga, emram sekeluarga, razman sekeluarga, zamri sekeluarga, abg din sekeluarga, cikgu fauzi sekeluarga, yusran, fakruzzaman dan isteri (br khawin), zubir dan keluarga, ady, w.zakaria dan keluarga, dan banyk lg...........

- Sahabat seperjuangan Islam dan (PAS) di sabah iaitu ckgu anuar ali (ketua pemuda negeri), che'gu jamil, ust akmal x-pegawai agama istana, ust khaidir, Ust abdullah din (dah pindah kedah),Cikgu Zul Tamparuli (Kg Banggol Ara, P.Mas), ust kahar(timb ketua bahagian keadilan k.marudu), ust baharudin mardia, ust jamrus, ust azam, ust rafi qari, ust rafi qari, ust anuar qari, ust rafi timbang batu, ust laj jj, ust zaidi, ust trimizi pisang, ust lah yaman, ust rahim, ust tengku, ust muslim, ust wan amran, ust syukur(naqib usrah), ust khairul, ust zaidi (legehiyyah.blogspot.com), ust mahisan, ust ahmad, ust zamzuri, ust hamdy, ust saminurrahim, ust shahril, ust syukri, ust nik, jali, ust baharom dan ramai lagi tak terbilang........

- Sahabat saudara baru iaitu jukin bukit lalang dan keluarga, ketua kg longob dan keluarga dan semua peserta (saudara baru) kursus setiap hati sabtu di masjid at-taqwa......

- Serta ramai lg yg tak dapat ditulis.......sbb dah lengah doh menaip ni.