Saturday, December 29, 2007

HAJAT TERLAKSANA
Setelah lama bertangguh, baru sekejap tadi program agihan bantuan kepada penduduk susah dapat dilaksanakan bertempat di Kampung Tandek, Kota Marudu. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan Ustz Kahar pun dapat hadir sama. Kesian jugak, sebab semenjak dua menjak ini Ustz Kahar terlalu sibuk jadi oleh sebab yang demikian majlis ini tergendala sedikit. Oang kampung mengucapkan berbanyak terima kasih dan bagi pihak aku dan rakan-rakan program tadi amat bererti kalau kiranya ia dapat di adakan lagi. Harapan aku agar mana-mana kawan-kawan yang banyak duit lebih, atau nak keluarkan zakat harta bolehlah berbuat program agihan bantuan seperti ini. Kita akan nampak nanti bagaimana air muka masyakarat susah bila menerima bantuan dari saudara seIslamnya. Dan kita juga pasti ke mana wang zakat/sedekah kita diagihkan dan kalau nak lebih syok lagi kawan-kawan boleh turun sendiri untuk membahaginya. Biarpun brg yang dibahagi tidak semewah manapun seperti (beras, minyak masak, gandum, gula dan susu seperti yang dilakukan pada kali ini) namum ia amat bermakna bagi penduduk yang susah ini apatah lagi sekarang musim hujan/tengkujuh ni. Terfikir aku, kalaulah semua orang kaya sama ada penduduk tempatan atau orang semenanjung ke boleh buat aktiviti seumpama ini alangkah elok dan bagusnya. Ini tidak, sesetengah yang kaya itu hanya kaya untuk sendiri-sendiri je. Bagi sesetengah pemimpin politik yang ada hari ini pulak time pilihanraya baru datang buat program yg bermatlamat untuk tagih undi. Ini yang menghalang proses 'bantu-bantu' yang 'sebenar', yang dianjurkan oleh Allah SWT. Harap-harap akan datang ramai lagi masyarakat Islam akan faham tentang konsep tolong menolong dan bantu membantu ini. Aku sendiri insyaAllah kalau rakan-rakan/sahabat-sahabat yang perlu pertolongan untuk mengagih zakat, sedekah dan sebagainya, boleh aku bantu aturkan. Kepada Ust Abdullah, Ckg Jamil dan kawan-kawan dari KK yang banyak membantu terutama mendapatkan sumber kewangan, terima kasih banyak-banyak diucapkan. Semoga kerja bakti kepada agama ini akan mendapat ganjaran setimpal dari Allah SWT.

(Gambar: Ustz Abd Kahar telah menyampaikan sumbangan kepada penduduk susah)
>KDC45<

Friday, December 28, 2007

TAHNIAH BUAT MANIEZAN MANSOR
Muar-Sejarah baru muncul dalam keluarga “Medical Assistant” En Mansor Md Ali Hanafiah apabila anak lelaki sulungnya Maniezan Mansor telah memperolehi 8A penuh untuk semua mata pelajaran dalam peperiksaan PMR 2007. TAHNIAH!!!atas kejayaan yang cemerlang itu. Kalau nak tahu itulah anak saudara aku. Berkat kesabaran serta ketekunan Maniezan @ ‘Ije” dalam pelajaran serta sokongan dan bantuan kedua ibubapa, guru dan rakan taulannya telah membuahkan hasil, yang diharap akan menjadi ikutan oleh adik-beradiknya Nurul Fazlina dan Faieka. Begitu juga ia dapat memberi perangsang kepada ahli keluarga serta waris warah dan tak lupa adik bongsu aku ‘Ayeh”yang tahun hadapan akan menghadapi PMR. Mengikut maklumat tidak rasmi, Ayeh target 5A je untuk PMR tahun depan. Kenapa? Aku pun tak pasti. Kecemerlangan yang dicipta oleh Ije telah membuatkan aku bangga dan bersyukur kehadrat Allah SWT atas nikmat umur kurniaanNya kerana jika mengenangkan peristiwa yang berlaku keatas keluarga abg sulungku sebelum ini amat mendebarkan sekali. Satu kemalangan telah menimpa mereka, ketika mereka satu keluarga pulang untuk melawat bapaku yang sedang sakit di Kelantan. Kereta yang mereka naiki telah terbabas dan jatuh ke dalam sebuah sungai di Terengganu. Mujurlah mereka semua selamat. Kalau tidak mungkin kecemerlangan Ije tidak menjadi kenyataan pada hari ini. Inilah kurniaan kasih sayang Allah. Semoga aku, dan ahli keluarga dan saudara maraku menghargai serta terus menerus menyukuri nikmat kerniaan Allah dengan melaksanakan ketaatan dan kepatuhan kepada segala perintahNya. Mudah-mudahan Allah akan mencampakkan keberkatan, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kepada kita semua.
>KDC45<

Wednesday, December 26, 2007

ANNIVERSARY KE-6
Alhamdulillah kelmarin genap 6 tahun perkahwinan aku dan isteri tersayang Rosnani. . Jadi bertungkus lumuslah kami berdua menyediakan makanan berupa satay dan nasi dagang menyambut hari bersejerah ini sambil mengajak kawan-kawan bg mengeratkan hubungan ukhwah. Ramai juga yang dijemput tapi tak semua yang dapat hadir disebabkan ada hal tertentu. Yang awal hadir hari ni ialah Ust Syukur, En. Ismail Kee, Ckg Derus. Diikuti oleh pengetua sekolah Ckg Marmoh dan anaknya, Ust Janis dan lain-lain. Bila bertemu tentu ada cerita yang dicakap-cakap. Yang hangatnya tentang ura-ura kenaikan harga minyak dan gas memasak. Ramai dikalangan kami menunjukkan sikap mengeluh tentang berita ini, almaklumlah kalau dah minyak dan gas naik tentu barang juga akan naik. Yang kerja bergaji tatap mungkin terasa sikit2 je kesannya, tapi apa cerita yang nun rakyak marhaien yang dikampung-kampung kerja sendiri dan kerja tidak tetap tu, lagilah terbeban dan sengsara. Nampaknya kerajaan yang ada ni bukan nak menyelesaikan masalah rakyat tetapi makin menekan dan menindas rakyat. Bagaimanalah Negara kita nak menuju Negara berkebajikan kalau mcm ni? Yg kedua dibincang tadi tentang pelobian seorang guru di SMK Tandek yang bakal bertanding pada PR yg akan datang. Jam 3 pg khabarnya masih sanggup ber SMS. Ini memang dah serius ni. Tak tidur ke dia orang ni? Apa-apa pun kehangatan PR-12 dah membara sekarang. Dan aku seperti pasangan bahagia yang lain tetap dan terus tetap mendoakan semoga ikatan perkahwinan ini terus kekal bahagia dunia sehinggalah akhirat. Dan aku juga mendoakan semoga perubahan pentadbiran negara akan berlaku sekiranya kerajaan yang ada sekarang tidak mampu lagi memerintah dengan adil, amanah dan bertanggungjawab serta jauh sekali untuk memberi ‘kesejahteraan’ kepada rakyat.
>KDC45<

Friday, December 21, 2007


DARAH SUCI MENGALIR DI BUKIT LALANG
Hari ini, hari kedua raya Aidiladha. Seperti yang dirancang 2 ekor lembu telah selamat diqurbankan pagi tadi sebagai tanda ketaatan kepada perintah Allah di Kg Bukit Lalang, Kota Marudu. Satu ekor pengerusi surau yang sembelih dan satu ekor lagi aku. Darah suci yang mengalir pagi ini menghangatkan suasana keIslaman di kawasan saudara baru yang amat membutuhkan sokongan dan tunjuk ajar untuk lebih mematapkan keimanan kepada Allah SWT. Petang pula seekor lagi dikorbankan di Kg Mosolog menjadikan 3 ekor lembu keseluruhannya diurus aturkan oleh sahabat-sahabat dan aku untuk raya kali ini. Berbanding tahun lepas yang jumlahnya 5 ekor. Nampaknya tahun ni telah sedikit menurun. Walau apapun insyaAllah mudah-mudahan niat, maksud dan hajat rakan-rakan peserta korban diterima sebagai amalan yang ikhlas di sisi Allah SWT. Strategi qurban ke kampung-kampung ini nampaknya dapat memberi sedikit jaminan daging korban sampai kepada penerima yang sepatutnya. Kalaulah ianya dibuat di pekan sudah tentu penduduk kampung nak datang dan mendapatkan daging korban agak terbatas. Dengan strategi ini nampaknya ia boleh terus-menerus dibuat agar mereka yang dikampung-kampung, apatah lagi di pedalaman ini tidak dipinggirkan. Daging qurban tadi juga diagihkan ke Kg Muhibbah dan juga Kg Pengkalan Marudu Laut.
Suasana masa penyembelihan, melapah dan memotong daging melihatkan bahawa masih wujud kerjasama dan perpaduan dalam masyarakat Islam. Apa taknya, 2 ekor lembu sekejap aje dikerjakan. Pagi ini juga kami telah mengagihkan sumbangan berupa kewangan buat pelajar yang akan memasuki persekolahan pada tahun depan. Inilah Indah dan cantiknya Islam. Yang kaya berada bantu yang miskin dan yang senang bantu yang susah. Inilah ajaran Allah yang tidak ada tandingan. Buat kawan-kawan yang banyak membantu menjayakan program ini sama ada dari K.Kinabalu (Ust Abdullah dan rakan setugas) dan dari K.Marudu (Ust Jamrus dan penduduk kampung Bukit Lalang serta Ust Hamdi dan Ust Lah Yaman) terima kasih banyak2 diucapkan. Tanpa bantuan dan sokongan kalian sudah tentu program ini susah nak dilaksanakan apatalah lagi dalam keadaaan cuaca yang tak menentu dan kekangan kakitangan yang berkurangan. SYABAS!!!ATAS KERJASAMA ANDA. Takbir!!!ALLAHUAKBAR.
(Gambar: Ust Abd Kahar menyampaikan daging qurban dan sumbangan)
>KDC45<

Thursday, December 20, 2007

BERSEDIA BERKORBAN UNTUK PR KE-12
Hari ini di Malaysia kita merayakan Hari Raya Haji atau Eidul Adha yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban. Perayaan ini mengambil sempena peristiwa korban yang berlaku di zaman Nabi Ibrahim a.s. Betapa Allah swt telah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. Lantaran taat dan patuh kepada perintah Allah, walaupun ianya terlalu berat dan diluar kemampuan manusia biasa namun kerana ketaqwaannya Nabi Ibrahim dengan kerelaan anaknya Nabi Ismail a.s, masing-masing bersedia melaksanakan perintah Allah yang sangat berat itu.Lalu sebagaimana kita tahu Allah berfirman (surah al Safaat: 103-109):Tatkala kedua-duanya tunduk menurut perintah Allah dan digulingkan anaknya ke tanah hendak disembelihnya, lalu kami berseru, hai Ibrahim, sesungguhnya engkau turuti mimpi itu. Begitulah kami membalas orang yang baik, Sesungguhnya ini ujian yang nyata daripada Allah. Kami tebus anaknya itu dengan seekor kibas yang gemuk dan kami tinggalkan nama yang baiknya sampai kepada orang kemudian. Selamat sejahteralah Ibrahim. Semoga sambil kita merayakan Hari Raya ini kita mengambil kira dan menghayati falsafah dan hikmah yang besar dan bermakna disebaliknya.
Di Malaysia, kita juga sebenarnya berhadapan dengan situasi dimana kita juga perlu berkorban demi menyelematkan ummah dan negara. Pengorbanan yang dituntut dari kita adalah untuk membawa perubahan, kita suarakan hasrat hati tanpa takut atau gentar. Kita korbankan segala kepentingan diri demi kemaslahatan ummah. Apabila nanti kita diberi amanah untuk menentukan haluan, corak dan masadepan negara, maka pikullah amanah itu dengan baik dan bersedialah berkorban demi keadilan untuk semua.Jangan lagi terpedaya dengan hasutan dan sogokkan wang ringgit yang sebenarnya rasuah dan mungkar sebagaimana Nabi Ibrahim tidak terpedaya dengan hasutan iblis ditengah jalan, lalu melontarkannya dengan batu. Maka lontarkanlah juga iblis-iblis kecil yang cuba menghalang kita dari membawa kebenaran di negara kita yang tercinta ini. (Edit Roslan SMS)>KDC45<
"SALAM AIDILADHA, MAAF ZAHIR BATIN"

Friday, December 14, 2007

SELAMAT BERALUMNI BUAT AL-IKMAL
Esok, tanggal 15 Disember 2007 Al-Ikmal akan mengadakan alumni di pantai Merang, Terengganu. Maaf banyak2 buat semua sahabat kerana aku dan keluarga tidak dapat menghadirkan diri kerana untuk cuti hujung tahun ni kami tidak pulang ke tanah besar semenanjung. Aku dapat makluman juga, Rozairi dan keluarganya pun tak dapat ikut sebab terpaksa menghadiri program lain yang telah di atur. Walau apapun kami mengharapkan program yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan semoga matlamatnya tercapai. Ada beberapa cadangan yang mungkin boleh diperbincangkan oleh sahabat2 pada perjumpaan kali ini. Antaranya :
1) Persediaan menghadapai PR ke 12 (mungkin ini dah ada dlm tentatif)
2) Perkemaskan AJK Baitulmuslim
3) Penerangan bg perkemaskan penggunaan teknologi maklumat untuk menyampaikan mesej kepada ahli. Contohnya penggunaan yahoo messenger untuk mesyuarat mt, dapatkan alamat email dan yahoo messenger dikalangan ahli untuk senang berhubung.
4) Kebajikan ahli .......Dan lain-lain lagilah......
Aku harap juga agar jawatankuasa dapat kumpulkan senarai ahli zon borneo untuk di kemaskini rekod. Harap dapat emailkan ok. TKasih banyak2
"SELAMAT BERALUMNI"
>KDC45<

Tuesday, December 11, 2007

Rakaman Khutbah Jumaat 07 Dis 2007 (Masjid Daerah Kota Marudu, Sabah)
Tajuk : Ujian Allah Menguji Keimanan
Khatib : Ckg Zakaria Md Ali Hanafiah

Saturday, December 08, 2007

MENGEJAR DUNIA JANGAN GADAIKAN AQIDAH

Kelmarin, selepas pulang dari mesyuarat guru cemerlang di Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Marudu aku ternampak banyak handbill diletakkan di pintu pagar rumah2 di taman perumahan KDC termasuklah rumah aku sendiri. Bila dibaca jelas ia menunjukkan mcm satu promosi kepada orang ramai untuk menjadi kaki judi dan seterusnya percaya kepada ‘tok guru’ tokong siam/buddha yang dapat membantu mendapatkan nombor ramalan. Sebelum ni pun aku ada terima melalui pos. Versinya adalah lebih kurang je Hei teruk betul dunia sekarang. Apa yang menghairankan aku testimony yang digunakan ialah mcm orang Islam. Aku bimbang dengan cara mcm ni memungkinkan ada orang akan bertauhidkan tok guru sami dalam mengubah nasib hidup dan bukan lagi yakin kepada Allah SWT. Ini akan menyebabkan aqidah umat Islam yang percaya kepada benda2 karut ni akan rosak. Nauzubillahimzalik. Mintak jauhlah. Satu lagi yang menghairankan aku, dalam handbill ini juga meletakkan alamat (50, Kg. Baru, Felda Kampung Batu Tinggi, 16450 Ketereh, Kelantan). Betulkah alamat ini wujud!!!Terfikir aku, adakah handbill ini diedar untuk memburukkan negeri Kelantan, negeri tumpahnya darahku.TAK MUSTAHILL. Atau adakah ia juga untuk memberitahu orang/penduduk Sabah bahawa Kelantan juga mengamalkan budaya karut marut! Sebab sekarang musim hangat untuk menghadapi pilihanraya umum dan mungkin juga ini agenda untuk menjatuhkan kerajaan Islam Kelantan.. Mudah-mudahan mereka yang membuat kerja mcm ni akan mendapat balasan setimpal dari Allah SWT dan harapan aku agar mereka yang terlibat juga akan diseret ke muka pengadilan. Sajuahmana pihak berkuasa kerajaan manangani masalah bahaya ini. Aku nak tengok!
>KDC45<

Thursday, December 06, 2007

RAWATAN MATA DI SABAH MEDICAL CENTRE (SMC)


Hari ini aku telah mendapatan rawatan mata di SMC dengan Dr Dayang Sayalam yang merupakan salah seorang doktor pakar mata di sana. Sikap doktor yang ramah menyebabkan aku senang hati. Dia telah check sindrom/masalah mata aku yang selalu berair dan merah2 dan telah memberi 2 jenis ubat bagi mengatasi dan memulihkan keadaan mata biarpun mungkin hasilnya tidak seoriginal dulu. Dengan penjelasan dan contoh2 gambar darinya memahamkan aku bahawa bukan aku seorang yang mengidapi penyakit sedemikian. Penyakit yg aku alami ini juga berpunca dari penyakit elergic/resdung yang aku alami sekarang. Kos rawatan tadi adalah berjumlah RM123 termasuk ubat dan insyaAllah 5 Jan 2008 nanti aku akan mendapat rawatan susulan di sana balik. Nampaknya hilanglah sedikit masalah stress aku berkaitan dengan penyakit mata ini yang memberi jaminan dan harapan bahawa insyaAllah ia boleh dipulihkan.
>KFC Karamungsing KK<

Wednesday, December 05, 2007

CUTI-CUTI SABAHAN
Tahun ini kami sekeluarga tak pulang bercuti hujung tahun di kampung. Jadi terpaksalah menghabiskan hampir sebulan 13 hari di sini dengan penuh kesabaran dan kesepian. Sabar kerana tak dapat pindah bertukar kerja di semenanjung dan kesepian kerana majoriti sahabat balik bercuti kecuali kami dan beberapa kerat aje yang lain.
Walau apapun kami tetap juga berjalan-jalan disini yelah tak kan nak terperap kat rumah aje. Kota Kinabalu adalah tempat yg seringkali kami kunjungi dan selebihnya banyaknya bersewang di Kota Marudu je lah.
(Gambar Kota Kinabalu)
Namun begitu aku di sini tak lah dok saja2 sebab banyak kerja juga yang nak diurus. Antaranya:
1) Berusaha mencari tempat baru PASTI setelah bangunan lama mahu digunakan oleh pemiliknya
2) Menyediakan barangan untuk diagihkan kepada penduduk susah(ada sedikit peruntukan yang diperolehi dari sahabat di KK)
3) Menguruskan pembekalan 2 ekor lembu untuk majlis qurban nanti (tahun lepas 5 ekor, tahun ni nampaknya menurun sbb ramai kawan yg balik kg)
4) Menyiapkan jadual waktu sekolah
5) Menyiapkan markah kokum pelajar spm untuk kemasukan ke ipt.
6) Mengagih pakaian kepada penduduk susah
7) Dan banyak lagi.......
Oh ya.....kalau ada kawan-kawan yang niat nak sertai qurban boleh hubungi aku....InsyaAllah kalau masih ada tempat aku akan atur. Kalau tak pun kita tambah je lembu nanti (kalau ada lagi lah). Untuk satu bahagian harganya RM250 sahaja. Begitu juga kalau ada yang nak sedekah pakaian, duit ke , nak bagi zakat ke insyaAllah aku akan uruskan. Yang semenanjung boleh pos je. Seperti yang kita agihkan sebelum ini. Kepada sahabat2 yang tak balik tanah besar mohon bantuan nanti untuk agih barangan dan semasa majlis korban nanti. Jangan lupa, sama-samalah kita "CUTI-CUTI SABAHAN"
>SMKB<

Monday, December 03, 2007

ANWAR IBRAHIM MENGGEGARKAN KOTA BELUD, SABAH

Petang tadi aku bersama Timbalan Ketua Bahagian PKR Kota Marudu (Ust Abd Kahar) dan Ketua Pemudanya (Tomy) telah hadir ke ceramah Anwar Ibrahim di Dewan SRJK Chung Hwa Kota Belud. Biarpun sedikit kelewatan namun kami tak terlepas untuk mendengar ceramah Dato' Seri yang sungguh bersemangat sehinggakan tepukan gemuruh dari orang ramai (menggegarkan dewan) sentiasa mengiringi ucapannya. Satu perkara yang aku take note dari ucapan Anwar ialah "Kalau PKR dan parti pembangkang dapat menawan Malaysia, beliau akan umumkan penurunan segera harga minyak dalam negara"(lebih kurang bunyinya). Ini berdasarkan fakta keuntungan 60 billion setiap tahun hasil minyak dlm negara yang akan menyaksikan kemanfaatan kepada rakyat setelah penolakan subsidi hampir 20 billion. Isi ucapan yang padat dan penuh dengan harapan telah memberi mandat kepada setiap 15 ribu pendokong serta penyokong, supaya masing-masing setiap orang mencari 3 org lagi penyokong, demi memberi kejayaan kepada pembangkang pada pilihanraya yang akan datang. Apa yang sedikit kekurangan pada majlis ceramah tadi ialah tentang sound system yang kurang jelas yang sepatutnya tidak terjadi dalam majlis penting seumpama ini. Bukan senang Dato' Seri nak datang ke Sabah ni dgn jadual gerak kerjanya yang padat.
>KDC45<